Rafidah Dicabar Bertanding Pada PRU14 Daripada 'Baling Batu Sembunyi Tangan'


Beranikah bekas Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz bertanding semula di Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum (PRU) ini?

Jika beliau berani, bekas menteri kabinet di zaman pemerintah Tun Dr. Mahathir Mohamad itu dicabar kembali ke 'gelanggang' politik pada  9 Mei depan.

Cabaran itu dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin hari ini agar tidak dilihat hanya sekadar 'membaling batu dan sembunyi tangan' terhadap Kementerian Pertahanan.

Rafidah Aziz mendakwa kononnya terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu yang mengawal pelaksanaan projek-projek Kementerian Pertahanan

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan segera menafikan dakwaan veteran UMNO itu kononnya keseluruhan tanah Persekutuan yang digunakan dipindah milik kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh tiga individu.

 Kata Shaiful Hazizy dalam satu kenyataannya semalam, tuduhan Rafidah itu tidak berasas malah layak dianggap penipuan fakta yang sangat ketara.

 "Justeru ruang terbaik untuk menutup malu dan aib ini adalah dengan menawarkan diri bertanding pada PRU nanti kerana beliau erpeluang melihat sendiri bagaimana rakyat akan menolak bekas pemimpin yang gemar menipu serta mengelirukan mereka," katanya.

Menurutnya  desakan Rafidah supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menjawab isu berkaitan Kementerian Pertahanan yang diciptanya merupakan satu gesaan atau paksaan keterlaluan.

"Beliau sebenarnya tersepit dan terhimpit dengan penipuan fakta ciptaanya sendiri kerana tiada asas yang mewajarkan isu ini diteruskan setelah dijawab oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Kementerian Pertahanan.

Serangan dan penipuan bersiri dilakukan Rafidah tidak boleh dimaafkan ketika imej dan kewibawaan sebuah kementerian yang strategik dan penting kepada negara, diseret ke kancah politik, kata Exco Pemuda UMNO itu lagi.

Beliau juga mendakwa Rafidah hanyalah 'tukang pukul' yang dijanjikan ganjaran tertentu oleh Dr. Mahathir mennjelang PRU14 ini.

Sekiranya beliau ikhlas, kenapa tidak dedahkan perkara itu sebelum ini tanpa perlu menunggu menjelang pilihan raya.

Adakah tujuan Rafidah sekadar untuk mengelirukan rakyat? 

Sebelum ini Rafidah Aziz diselar oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  kerana membangkitkan isu National Feedlot Corporation (NFC)  walaupun mahkamah telah memutuskan tiada kes.

Perlu disebut Rafidah pernah dua kali tewas dalam mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com