Pusat Penemuan Langkawi Geopark Siap Tahun Depan - CEO LADA


ALOR SETAR - Pembinaan pusat penemuan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di Kilim Karst Geoforest Park di Langkawi dijangka diap akhir tahun depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LADA Datuk Azizan Noordin, pusat itu yang bakal menjadi salah satu tarikan pelancong akan mempamerkan sejarah Langkawi Geopark, di samping menjadi pusat pendidikan untuk peminat geologi.

"Kami juga berharap penubuhan pusat ini akan meningkatkan semangat dan kesedaran tentang kepentingan memulihara alam sekitar dalam  kalangan penduduk tempatan dan pelancong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Bumi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini.

Jelas beliau, pembinaan pusat itu adalah  antara usaha  berterusan LADA untuk meningkatkan kesedaran tentang Langkawi sebagai global geopark, status yang diberi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sejak 2007.

Katanya yang memetik Bernama, pemberian status itu kepada Langkawi akan disahkan setiap empat tahun dan penilaian seterusnya akan dibuat tahun depan oleh pakar geopark UNESCO. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com