Pusat Penamaan Calon Parlimen Tenom Terbakar


KOTA KINABALU – Sebuah dewan yang digunakan sebagai pusat penamaan calon PRU14 bagi Parlimen Tenom kelmarin menjadi kecoh semalam apabila hos dapur gas telah bocor menyebabkan api marak.

Pekerja kantin, Mohd Izzudin Aizat Mohd Ishak, 21, berkata punca kebakaran berlaku di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom, ketika rakannya sedang menjereng air semasa hos dapur gas bocor.

“Kantin tidak beroperasi semalam, tetapi kami berada di situ untuk membuat kerja dan rakan saya sedang menjerang air.

“Berlaku kebocoran pada hos dapur gas sebelum api menyala. Kami cuba memadamkannya dengan menggunakan alat pemadam api, tapi gagal,” katanya ketika dihubungi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, dia sempat membuat panggilan kecemasan sejurus selepas usaha memadamkan api tersebut gagal.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 3 petang menyebabkan Mohd Izzudin dan tiga lelaki lain yang melakukan persiapan kempen sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di dewan itu terus keluar untuk menyelamatkan diri.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tenom berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.10 petang dan seramai 11 anggota bersama dua jentera dikejar ke lokasi.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com