#PRU14: UIAM Cuti 8 Hingga 10 Mei


KUALA LUMPUR - Sempena hari pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 bulan depan, tarikh 8 hingga 10 Mei diumumkan sebagai hari pelepasan am buat pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Rektornya, Prof Datuk Zaleha Kamaruddin mengumumkan perkara itu menerusi notis rasmi selepas menerima cadangan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM bagi memudahkan warga UIAM menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia bersempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kami sudah membuat permohonan cuti tersebut kepada pejabat rektor sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pengumuman pada 10 April.

“Pelepasan cuti ini melibatkan semua pelajar di tiga kampus UIAM iaitu Gombak, Kuantan dan Pagoh," menurut kenyataan itu.

Selain UIAM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut mengumumkan tarikh 9 Mei ini sebagai cuti pelepasan am bagi warganya.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com