#PRU14: Bila Orang Melayu Tak Undi PH, 'DAP Kata Melayu Makan Dedak'


PAKATAN pembangkang begitu mudah mempersalahkan orang Melayu yang mereka anggap bodoh dan “termakan dedak” apabila tidak menyokong mereka.

Sesetengah mereka sejak masih bersama dalam PAS lagi sangat cenderung dengan golongan bukan Islam dan liberal hingga bermudah mempersalahkan orang Melayu yang mengambil kira isu agama Islam dalam politik.

Orang Melayu dikatakan tertipu dengan UMNO apabila bimbang dengan DAP yang dikatakan beragenda menguasai politik negara.

Pembangkang meletakkan orang Melayu sebagai tidak pandai berfikir dan hanya menerima dakwaan UMNO tentang DAP.

Sebenarnya, kebimbangan terhadap DAP yang anti-Islam bukan hanya datang dari UMNO tetapi banyak kumpulan dan suara yang mewakili kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia.


Kumpulan-kumpulan bukan kerajaan yang datang dari pelbagai aliran juga bimbang dengan DAP yang lantang mengkritik Islam.

Yang dimaksudkan dengan Islam ini meliputi undang-undang syariah, institusi Islam, dan kedudukan istimewa agama Islam dalam perlembagaan.

Mereka mempersoalkan usaha memartabatkan institusi Mahkamah Syariah, menolak kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mempersoalkan isi kandungan khutbah Jumaat dan macam-macam lagi.


Pembangkang dikuasai DAP dan penyokong mereka ini berterusan mempertikai, mengejek, mengecam dan melakukan pelbagai provokasi terhadap orang Islam.

Ini semua sudah bertahun dilakukan dalam bermacam-macam bentuk, di pelbagai platform media sosial milik mereka.


Apa yang mereka suarakan di media sosial dan dalam kenyataan mereka (termasuk ceramah) itu mencerminkan isi hati mereka yang sebenar, yang cuba ditutup dengan memetik ayat al-Quran, memakai tudung dan songkok dan menabur janji manis kepada orang Melayu.

Kita boleh ingatkan kembali apa yang dilakukan di Perak semasa mereka memerintah negeri itu untuk satu tempoh yang singkat selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Mereka melaksanakan perubahan-perubahan yang menguntungkan mereka seperti menukar status tanah kepada hak milik mereka dengan pantas tanpa mengambil kira pandangan lain.


Di Pulau Pinang, kampung dan kawasan perniagaan Melayu telah banyak dirobohkan dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada perancangan untuk “menghalau” orang Melayu dari pulau.

Isu hubungan dengan Kristian Evangelical, aktivis gay, kumpulan yang mahu meliberalkan Islam dan sebagainya telah lama terdedah dan mereka tidak mampu lagi menafikannya.


Kebimbangan orang Melayu bukan satu propaganda UMNO tetapi satu sikap yang berdasarkan realiti sejak DAP dan sekutu berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor.

Dalam PRU14 ini, orang Melayu yang telah mula sedar akan bangkit menyatakan sikap mereka melalui undi mereka untuk terus menolak pembangkang diketuai DAP. - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com