#PRU14: 14,000 Anggota APM Bertugas


KUALA LUMPUR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan 14,000 anggotanya akan bertugas pada 9 Mei ini bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Ketua Pesuruhjayanya, Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, kesemua anggota terbabit telah didaftarkan sebagai pengundi pos bagi membolehkan mereka bertugas pada hari pengundian.

“Kita telah bersedia sejak bulan lalu sebelum Parlimen dibubarkan.

“Secara purata seramai 1,000 anggota akan bertugas di setiap negeri dan antara tugas APM adalah untuk membawa pengundi-pengundi dari kawasan pedalaman ke pusat mengundi jika ada permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian pingat perkhidmatan kepada 70 anggota APM di sini semalam. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com