Proses Penamaan Calon PRU-14 Paling Tertib - TPM


BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 hari ini adalah yang paling tertib berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun penyokong dalam keadaan ghairah dan bersemangat bertanding, mereka meraikan proses demokrasi dalam keadaan tenteram.

Beliau ditemui selepas menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini, untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com