Proses Penamaan Calon PRU-14 Di Alor Setar Berjalan Lancar


ALOR SETAR - Proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Alor Setar dan tiga Dun, Suka Menanti, Alor Mengkudu, dan Kota Darulaman di Komplek Belia dan Sukan di sini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Seawal jam 7.30 pagi kawasan sekitar dilihat penyokong mula hadir menanti ketibaan calon-calon sokongan mereka.




Sejurus selesai persiapan, keempat- empat calon dari tiga parti berarak ke dewan penamaan calon sekitar jam 8.30 pagi diiringi penyokong.

Sekitar jam 8.40 pagi penyokong Barisan Nasional (BN), PAS dan PKR berarak menghampiri kawasan berdekatan dewan bersama calon masing-masing sebelum calon dibenarkan masuk ke dewan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com