Program Salam Anak Muda Dekati Belia Di Akar Umbi


ALOR SETAR  - Ungkapan 'No youth left behind' atau 'Tiada belia Malaysia yang dipinggirkan' terus menjadi azimat untuk Majlis Belia Malaysia (MBM) mendekati golongan itu di peringkat akar umbi.

Melalui program Salam Anak Muda, MBM dapat mendekati golongan belia di akar umbi bagi menyelami aspirasi mereka untuk pembangunan belia negara.

Sesi sembang secara santai ini memberi ruang berbincang dan bertukar-tukar pandangan bersama pimpinan belia kebangsaan.

Ini kerana, kelompok belia di luar bandar adalah salah satu kelompok belia yang menjadi keutamaan dalam Dasar Belia Malaysia.

Bukan itu sahaja, pendedahan dan perkongsian berkaitan konsep Pembangunan Belia Positif menguatkan keazaman mereka untuk terus bersama persatuan belia sebagai wadah membangunkan personaliti dan kendiri.

Menurut Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup dalam ucapannya menegaskan bahawa menyertai persatuan belia adalah satu pilihan dan pilihan yang dibuat itu perlu dipastikan terbaik terhadap diri untuk memperkasa diri dan membangunkan masyarakat.

Memetik Utusan Online, majlis santai yang dijalankan di Kompleks Rakan Muda  Baling ini turut dihadiri oleh lagenda bolasepak negara Azman Adnan.

Turut hadir sama dalam program berkenaan, Pengerusi Majlis Belia Daerah Baling  dan Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Hamdan Jamil serta Exco MBM.

Untuk rekod, sebuah badan gabungan MBD Baling iaitu Gerakan Belia 4B Kawasan Baling  pernah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Perdana Kategori Pertubuhan belia 2016 dan penerima Anugerah Persatuan Terbaik ASEAN 2016. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com