Program KIMJ 2018 Perkenal Daerah Kulim


ALOR SETAR - Penganjuran program Kulim International MTB Jamborace (KIMJ) 2018 berjaya memperkenalkan daerah Kulim sebagai pentas tahunan sukan berbasikal lasak.

Menurut Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong, program sukan basikal lasak yang dianjurkan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) itu membuktikan PBT itu juga berjaya menguruskan program berprestij antarabangsa tersebut.

“Program bertemakan ‘Release The Endorphins’ itu berjaya menarik peminat sukan lasak itu dari dalam dan luar negara datang ke daerah ini.

“Saya berpendapat program KIMJ 2018 boleh dijadikan sebagai acara tahunan pada masa akan datang,” katanya memetik Sinar Online.

Selain itu, penganjuran program ini juga dapat memupuk minat masyarakat untuk mengamalkan budaya hidup sihat.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com