Prinsip Walak Jadikan Umno Merbok Terus Bersama


ALOR SETAR - Prinsip walak yang menjadi tulang belakang bagi setiap ahli Umno Bahagian Merbok sejak dahulu lagi menjadikan mereka terus setia terhadap pucuk pimpinan meskipun jika masing-masing tidak dipilih sebagai calon bertanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketuanya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, walak merupakan ketaatan serta kesetiaan yang ditunjukkan terhadap pemimpin maka disebabkan prinsip berkenaan, sesiapa sahaja yang dicalonkan, pasti akan tetap diterima Umno Merbok.

Mengulas lanjut, sekiranya pucuk pimpinan telah membuat keputusan dengan mengambil perkiraan dari segi semua aspek calon yang terbaik untuk diperjuangkan, maka semua pihak yang berkeinginan menjadi calon malang disenaraikan perlu menerima keputusan dengan baik.

“Di Merbok, saya menekan aspek ini dari awal sehingga keputusan yang dibuat pucuk pimpinan. Kami tak dak masalah, walak adalah istilah yang mesti dipegang oleh semua ahli Umno dan BN.

“Kita nak kemenangan parti bukan kemenangan diri, jadi kerana itu kita mesti taat setia pada keputusan yang dibuat pucuk pimpinan,” katanya memetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Sumbangan Cermin Mata di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Sungai Lalang.

Dalam perkembangan lagi, Tajul turut mengulas tindakan Naib Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang akan bertanding sebagai calon di Dun Jitra dan Parlimen Jerlun dengan menyifatkan bekas menteri besar itu tidak yakin dengan kebolehannya dan sekadar hanya mencuba nasib di kedua-dua kerusi berkenaan.

“Mereka cuba tikam saja, kalau kalah di tempat itu harap-harap boleh tempat lagi satu, ini menunjukkan mereka tidak ada keyakinan kepada diri mereka  untuk bertanding dalam satu tempat. Apakah sudah tidak ada lagi orang berwibawa?" sangkalnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com