PPBM Tidak Peduli Ahli PKR Bantah Mahathir Pakai Simbol Parti Mereka


Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetap menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) walaupun Mahkamah Tinggi semalam menggantung keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi alasan calon PPBM akan kekal menggunakan logo PKR itu  kerana pakatan pembangkang sudah memutuskan untuk menggunakan logo berkenaan sebelum ini.

"Semua calon (PPBM) yang sudah dipilih akan tetap bertanding menggunakan simbol PKR kerana status (parti) tidak tergugat dengan keputusan terbaru mahkamah," katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun keputusan PPBM untuk menggunakan logo PKR itu tetap mendapat tentangan sebahagian ahli PKR sendiri.

Semalam lebih 50 ahli PKR berdemonstrasi di hadapan pejabat parti itu di Pulau Pinang bagi membantah Tun Dr. Mahathir Mohamed bertanding menggunakan logo parti berkenaan pada pilihan raya umum ini.

Bekas Ketua Cabang PKR Batu Kawan, A. Loganathan berkata, beliau dan rakan-rakan sangat kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang seolah -olah tidak menghargai perjuangan PKR selama ini.

“Oleh itu, saya bersama kira-kira 11,500 ahli PKR berketurunan India di Pulau Pinang tidak akan mengundi parti dalam PRU-14, mungkin kami akan boikot,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan. 

Ekoran bantan itu Loganathan bersama ahli PKR Batu Kawan dan Permatang Pauh membawa sepanduk serta melaungkan slogan anti Dr. Mahathir.

Ditanya tentang statusnya dalam PKR, Loganathan berkata, sehingga kini dia masih ahli parti berkenaan.

Sabtu lepas seramai 50 anggota PKR juga menye­rahkan memorandum membantah keputusan pimpinan tertinggi parti membenarkan Pengerusi PPBM menggunakan logo parti itu.

Memorandum itu diserahkan oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang, Faisal Zainal kepada kakitangan ibu pejabat PKR Pusat. 

Beliau yang mewakili kira-kira 120,000 ahli parti peringkat akar umbi di seluruh negara  kecewa dan membantah perkara itu.

Mereka enggan benarkan Dr. Mahathir menggunakan logo PKR semasa PRU-14 dan memberikan tempoh enam hari kepada parti itu untuk mengeluarkan nama  Mahathir daripada menjadi calon.

Tindakan itu diambil kerana mereka masih belum dapat melupakan bahawa PKR tertubuh atas kezaliman Dr. Mahathir. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir#DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com