PPBM Merbok Didakwa Kemuka Laporan Mesyuarat Palsu Pada RoS


Ahli parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Merbok mendakwa makulmat tentang mesyuarat agung bahagian dan cawangan parti itu yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) adalah palsu.

Sehubungan itu sekumpulan ahli PPBM bahagian itu membuat laporan polis mendakwa kepimpinan tertinggi parti parti itu cuba membuat penipunan. 

Maklumat tentang kononnya mesyuarat itu diadakan dihantar oleh Setiausaha Kerja PPBM Muhammad Suhaimi Yahya  pada 29 Mac lalu. 

Laporan tersebut dibuat oleh pihak berkenaan di Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani semalam.

Zulkifli Ahmad yang menjadi jurucakap kumpulan itu memberitahu laporan polis dibuat untuk meminta pihak berkuasa  melakukan siasatan terhadap setiausaha kerja PPBM bahagian Muhammad Suhaimi Yahaya yang didakwa memalsukan kahadiran, tanda tangan dan lokasi mesyuarat yang diserahkan kepada (RoS) baru-baru ini.

“Kami tidak pernah dipanggil untuk menghadiri sebarang mesyuarat cawangan dan bahagian selain tidak dimaklumkan mesyuarat agung parti selama ini, " katanya kepada pemberita selepas membuat aduan itu.

Zulkifli membuat laporan polis selepas menonton kilp video yang memaparkan Muhammad Suhaimi menghantar laporan seperti yang diminta RoS yang dimuat naik dalam Facebook rasmi PPBM.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana mereka boleh menyerahkan dokumen berkenaan kepada RoS kerana ia boleh dianggap sebagai satu penipuan terancang membabitkan maklumat peribadi tanpa pengetahuan dan kebenaran ahli parti peringkat akar umbi.

Adakah pihak pengurusan tertinggi PBBM menggunakan nama ahli ‘hantu’ kerana sepanjang 2017 parti itu tidak pernah menganjurkan sebarang mesyuarat agung di peringktat cawangan mahupun bahagian, tanya Zulkifli.

“Sebagai ahli parti berdaftar saya terkilan kerana kami berjuang untuk parti secara ikhlas tetapi sebaliknya pihak pengurusan parti sanggup menipu bukan sahaja terhadap kami tetapi ROS.

“Saya percaya dokumen yang diserahkan kepada ROS itu mengandungi maklumat tidak betul dan yang paling membimbangkan, nama kami sebagai ahli, tanda tangan kami dan maklumat peribadi telah digunakan secara salah,” katanya.

Pakatan Harapan (PH) kemungkinan besar tidak dapat didaftar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana RoS mendapati PBBM gagal mengemukakan laporan minit mesyuarat agong, bahagian, cawangan serta perihal penyata kewangan parti.

ROS bagaimana pun meminta PBBM menyerahkan semua dokumen berkenaan dalam tempoh sebulan berkuatkuasa 28 Februari lalu bagi urusan semakan.

Sementara itu, Zulkifli juga menyatakan beliau mempunyai hubungan yang baik dengan ketua bahagian PPBM Merbok, namun tidak pernah  mesyuarat agung bahagian dadakan tahun  lepas.

Kemelut yang melanda PPBM di bahagian itu menyukarkan lagi parti pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mendapatkan sokongan pengundi pada PRU14  ini.

Dua hari lepas, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan parti akan memecat keahlian mereka yang mempertikaikan tentang maklumat mesyuarat yang dihantar kepada RoS. 

Calon PPBM dijangka akan menggunakan tiket parti lain dalam Pakatan Harapan  jika parti itu dibubarkan oleh RoS. - Kedahnews.com 


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com