Potret Tipografi Guna Teks Tulisan Tangan


CALIFORNIA – Seorang artis menghabiskan masa selama beratus-ratus jam untuk menghasilkan potret tipografi ikon terkenal di seluruh dunia.

Oddity Central melaporkan, lebih istimewa, karya seni Phil Vance dihasilkan dengan menggunakan ribuan tulisan tangan serta barisan ayat.

Jika dilihat dari jauh, potret tipografi yang dihasilkan oleh Vance kelihatan seperti satu lukisan, namun selepas diteliti, potret berkenaan sebenarnya dihasilkan dengan teks tulisan tangan.


Kesemua barisan ayat serta tulisan tersebut terdiri daripada kata-kata ungkapan terkenal yang ditulis secara berulang kali dan bertindih.

Kebanyakan karya seni Vance dihasilkan dalam warna hitam dan putih, namun dia cuba menggunakan sedikit warna bagi memberi gambaran baharu yang lebih ceria terhadap potret tipografi­nya.

Antara potret yang menjadi tumpuan terma­suk wajah mendiang aktor Heath Ledger yang sebelum ini pernah memegang watak sebagai The Joker. – AGENSI

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com