'Posing' Pelik Tapi Cool Model Qalaqisya Tarik Perhatian!


HANYA kerana menggunakan konsep lain berbanding kebanyakan butik pakaian biasa, butik baju kegemaran ramai, Calaqisya dikritik kononnya tiru gaya pemasaran daripada saingan mereka iaitu Anaabu.


Maka disebabkan tidak dapat menerima kelainan yang dibuat, ramailah ‘pakar fotografi’ yang mengkritik gaya posing berkenaan.

Namun jika dilihat, tiada langsung apa yang pelik sehingga ada segelintir masyarakat yang melabelkan mereka sebagai ketandusan idea demi meraih free marketing.


Bagaimanapun, kesemua andaian ‘makcik bawang’ itu salah sama sekali kerana tujuan model bergaya santai begitu ialah bersempena pembukaan kedai baharu mereka di pusat beli belah My Town Cheras semalam.

Jika sebelum ini kita biasa melihat gaya model yang posing cliche seperti berdiri tegak, silang kaki dan hanya senyum, tapi butik Calaqisya tidak mahu meneruskan gaya seperti itu.


Mereka tampil dengan posing rare yang sering dilakukan oleh jenama lain di luar negara. Malah, menurut pengasas bersama Calaqisya iaitu Farah Azrina Khairuddin, apa yang mereka lakukan itu merupakan satu idea baharu.

Ini bagi menunjukkan betapa selesanya pakaian keluaran butik mereka sehingga boleh baring di atas jalan raya lagi tu!

“Kami tidak perlukan teknik pemasaran murahan untuk tular. Ini adalah koleksi pakaian selesa baharu kami.


“Gaya itu untuk menunjukkan ia adalah selesa biarpun ketika badan bongkok dan terbaring, tidak berpeluh dan tidak menunjukkan bentuk badan.

“Ia sudah biasa dalam fesyen. Tiada pelik-pelik pun,” tulis Farah Azrina dalam satu twit balasanya kepada beberapa netizen.


Dalam ada yang mengeji, ternyata Calaqisya masih mempunyai peminat mereka tersendiri dan tetap menyokong kelainan dilakukan oleh butik pakaian yang telah dikenali selama tujuh tahun ini.

Apa salahnya jika lakukan kelainan kan. Kalau asyik di takuk lama, sampai bila pun kita tidak akan maju ke hadapan dan lebih setapak daripada orang lain.


Dalam masa yang sama, pihak Calaqisya sentiasa mementingkan aurat model wanita mereka di dalam setiap koleksi fotografi yang dilakukan.

Bukan itu sahaja, pakaian yang dihasilkan oleh mereka juga tidak begitu ketat dan selesa digayakan tanpa perlu risau tentang aurat terdedah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com