Pondan Terkenal Conchita Wurst Hidap HIV


PONDAN terkenal Eropah, Conchita Wurst yang memenangi pertandingan nyanyian Eurovision 2014, mendedahkan dia menghidap HIV positif.

Conchita dari Austria berkata dia hanya memutuskan untuk membuat pengumuman berkenaan kepada umum selepas bekas teman lelakinya mengugut akan mendedahkan perkara tersebut jika Conchita enggan melakukannya.

Dalam kenyataan dalam Instagramnya, Conchita atau nama sebenarnya Tom Neuwirth berkata dia tidak akan memberikan peluang kepada orang lain untuk menakutkannya dan mengganggu kehidupannya.

“Saya disahkan HIV positif sejak bertahun-tahun lalu. Sejak saya mengetahuinya, saya telah menjalani rawatan dan selama bertahun-tahun tanpa gangguan.

“Sehingga kini, saya tidak mahu mendedahkan kepada umum mengenainya kerana beberapa sebab, terutama keluarga saya yang tahu segala-galanya dan menyokong saya sejak hari pertama,’’ katanya.

Dia menjadi terkenal selepas memasuki pertandingan Eurovision 2014 dengan memakai gaun wanita tapi berjambang.

Di sebalik ramai yang memuji suaranya, pengkritik ketika itu menyelarnya sebagai sesuatu yang menjijikkan dan menggesa dia disingkirkan.

Sejak kemenangan itu, dia telah menggunakannya sebagai loncatan untuk berkempen dalam memperjuangkan hak LGBT.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com