Polis Nafi Laporan Tular Tangkapan Suspek Kes Pembunuhan Dr Fadi


KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan yang tular di aplikasi Whatsapp kononnya suspek pembunuhan Dr Fadi Albatsh telah diberkas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata kenyataan berkenaan seorang suspek yang tular itu tiada kaitan dengan kes pembunuhan ini.

“Lelaki yang dikatakan suspek pembunuhan itu tiada kaitan dengan kes ini.

“Kami tidak boleh membuat konklusi sebegini. Kami siasat dari semua sudut,” kata beliau, ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Beliau berkata pihak polis masih menjalankan siasatan dan memohon kerjasama daripada orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu ini.

Dr Fadi, seorang imam dari Palestin dan pensyarah universiti swasta ditembak mati di Gombak ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh pada pagi Sabtu.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com