“PM Najib Tunaikan Janji, Pamer Rekod Cemerlang”


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah menunjukkan rekod cemerlang dan menunaikan janjinya, sedangkan pembangkang hanya bergaduh sesama sendiri dan mungkir janji.

Ini ditegaskan oleh Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Huan, Najib telah menunjukkan rekod mencapai kejayaan dalam pilihan raya walaupun dengan kempen penipuan yang hebat daripada pembangkang.

“Tidak dapat dinafikan, walaupun dihujani kecaman dan kritikan, sokongan akar umbi terhadap Datuk Seri Najib Razak terus kukuh,” katanya.

“Jangan lupa, BN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13 walaupun berdepan penipuan dan penyelewengan fakta oleh pembangkang,” tambahnya.

Katanya lagi, boleh disimpulkan yang Barisan Nasional (BN) akan memenangi PRU14 nanti kerana pembangkang tidak mengemukakan calon yang diyakini untuk mengetuai kerajaan.

“Tidak ada pemimpin lain yang berkaliber dan mempunyai sifat kepimpinan seperti Najib.

“Pastinya rakyat cukup rasional untuk tidak terpengaruh dengan kempen penuh emosi pembangkang dan mengundi pembangkang, tetapi mereka akan terus memilih pembangunan dan kestabilan di bawah BN,” tegasnya.

Tambahnya lagi, pembangkang dipenuhi pemimpin yang sarat dengan beban dosa-dosa silam yang menjejaskan keyakinan umum terhadap mereka.

Pembangkang katanya terus sibuk dengan tuduh-menuduh dan memperbesarkan isu kecil, pada masa yang sama tidak mampu menunjukkan rekod baik selain skandal dan janji yang dimungkiri.

Berbanding rekod konsisten yang dicapai BN, pembangkang sering mengemukakan idea-idea besar yang sebenarnya tidak dilaksanakan.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com