PM Janji Tambah BR1M Tak Sah, Azmin Umum 3 Bulan Bonus Sah?


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang menggandakan jumlah pemberian BR1M sebagai tidak sah dan perjanjian itu sebagai dedak untuk meraih undi rakyat.

Jelas Azmin yang juga timbalan presiden PKR, mengatakan bahawa kerajaan sementara dilarang daripada membuat komitmen kewangan dalam tempoh pembubaran kerajaan.

Azmin juga mempersoalkan bagaimana kerajaan sementara boleh mengumumkan bantuan tunai tambahan sedangkan ini tidak termasuk dalam Bajet 2018.

"Insentif tambahan BR1M tidak diumumkan semasa Bajet 2018. Kabinet telah dibubarkan dan kamu hanya kerajaan sementara.

"Bagaimana peruntukan tambahan boleh diumumkan sedangkan ia tidak ada dalam bajet negara?" soalnya yang dipetik pada sebuah majlis baru-baru ini.

Ironinya, Azmin langsung tidak bertanyakan persoalan sama ada sah atau tidak daripada sudut perundangan negara mengenai janjinya untuk memberikan tiga bulan bayaran bonus kepada kakitangan awam Kerajaan Negeri Selangor sekiranya kekal sebagai kerajaan di negeri itu pada PRU ke-14 ini.

Malah beliau juga tidak mempersoal status pemberian tiga bulan bonus itu sebagai dedak atau sebaliknya.

"Tiga bulan (bonus) sebenarnya tidak banyak, tetapi ia adil, dan selepas ini, mungkin lebih daripada tiga bulan (bonus akan diberi), atas nama keadilan dan berdasarkan prestasi dan prestasi (kakitangan awam)," katanya memetik sumber yang sama.

Pada pelancaran manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 pada Sabtu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa beliau akan menggandakan pemberian BR1M kepada pelbagai kumpulan dan wang itu dijadual dibayar pada bulan Jun dan Ogos tahun ini.

Selain daripada penambahan jumlah tersebut, Najib juga mengumumkan kategori baru penerima BR1M - iaitu isi rumah yang memperoleh pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 - yang sebelum ini tidak layak mendapat pemberian itu.

Pengumuman itu disambut baik oleh kira-kira 15,000 orang yang hadir pada majlis yang diadakan di Stadium Axiata Arena. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com