PKR Dilanda Krisis Isu Senarai Calon PRU14


BELUM APA-APA DAH BERGADUH….Krisis berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berhubung isu calon pilihan raya bagi negeri Selangor apabila beberapa nama yang dicadangkan oleh timbalan presiden parti tersebut, Datuk Seri Azmin Ali, dikatakan ‘dibuang’ daripada senarai tersebut.

Difahamkan seramai lapan nama yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor itu telah digugurkan atau ditolak mentah-mentah oleh presiden parti pembangkang tersebut, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebuah delegasi yang diketuai Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin tiba di kediaman Wan Azizah di Segambut, yang mana ahli PKR merujuk kediaman itu sebagai “Istana Segambut,” pada 8 pagi Ahad (22 April) untuk membincangkan perkara itu.

Difahamkan, Zuraidah cuba memujuk Wan Azizah untuk memikirkan semula senarai calon.

Tiga nama lain yang dicadangkan Azmin dilaporkan ditolak.

Nama-nama tersebut termasuklah pembantu akhbarnya, Hilman Idham, yang dicadangkan untuk kerusi DUN Gombak Setia, dan penasihat Azmin yang dipercayai, Khaled Jaafar, yang dicadangkan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Seorang lagi penyokong kuat Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, yang penyelaras untuk Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon.

Delegasi yang diketuai oleh Zuraidah itu turut disertai oleh Gan, Hanizah dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, yang mempunyai hubungan baik dengan Wan Azizah.

Difahamkan bahawa Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

‘Percakaran’ oleh sebab penamaan calon merupakan kesinambungan perebutan antara dua kem di PKR, yang diketuai oleh Azmin dan satu lagi oleh Rafizi Ramli, yang bersekutu dengan Wan Azizah.

Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon mereka di perhimpunan di Sungai Besar pada malam Isnin (23 April). - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com