PKR, DAP Tidak Yakin Mahathir Boleh Menang Di Langkawi?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang tidak yakin Tun Dr Mahathir Mohamad boleh menang di Pulau Langkawi, tentunya mengalu-alukan bakal calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu bertanding di pulau pelancongan bebas cukai itu.

Bermodalkan jasa Barisan Nasional (BN) membangunkan Langkawi semasa menjadi Perdana Menteri sepanjang 22 tahun, Dr. Mahathir bagaimanapun memberanikan dirinya untuk bertanding di situ tanpa memperdulikan bahawa pada PRU13 BN menang dengan  majoriti besar, iaitu 11,861 undi.

Walaupun begitu, pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu masih boleh menukar fikirannya untuk bertanding di kawasan lain yang akan menjamin kemenangan beliau.

Mengutip sumber-sumber yang rapat dengan bekas ahli Parlimen Kubang Pasu itu,  Dr. Mahathir 'mengesahkan' akan mempertaruhkan dirinya di Langkawi dengan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti yang mahu menyingkirkannya dahulu..

“Ya, beliau akan pergi ke Langkawi, " lapor Malaysiakini, portal propembangkang hari ini.
Pakatan pembangkang dijangka mengumumkan pemilihan Mahathir di untuk betnding di 'pulau sumpahan Mahsuri ' itu pada 5 April depan ini.

Mahathir dijadual berada dua hari di Langkawi bermula Sabtu selepas  berceramah di Kubang Pasu pada hari Jumaat.

Pada PRU lima tahun lalu BN dicabar oleh calon PKR yang dibantu oleh PAS dan DAP, tetapi  Pakatan Rakyat hanya memperolehi 9,546 undi berbanding calon BN, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang meraih 21,407 undi.  

Mahathir yang mengasaskan PPBM terpaksa menggunakan logo PKR setelah partinya diarah pembubaran sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana melanggar akta pertubuhan.

Bagi penduduk Langkawi, mereka tentunya akan berfikir dua kali sama ada mahu memilih Dr. Mahathir yang kini berusia 93 tahun, memadangkan beliau kini menentang UMNO dan kerajaan.

Sementara itu penduduk pulau itu yang majoritinya Melayu terus diberi perhatian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Dr. Mahathir bersara kira-kira 16 tahun lalu.

Kekerapan Najib turun ke Langkawi membuktikan beliau serius untuk terus memajukan penduduk pulau itu agar menikmati kesenangan hasil limpahan pelancong pada setiap tahun. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com