PKR Berkocak, Kini Pertembungan Wan Azizah VS Azmin Ali


Ketika Mohamed Azmin Ali dengan gahnya bercakap mengenai hasrat Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PKR di Selangor kini sedang dilanda badai gara-gara pemilihan calon yang bakal bertanding.

Meskipun Azmin menyatakan dakwaan krisis berlaku itu sebagai khabar angin, namun ia jelas menunjukkan pertembungan antara presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dengan Azmin.

Ketegangan itu dapat disaksikan ramai apabila Wan Azizah meninggalkan majlis pelancaran jentera PKR Seberang Jaya semalam, sejurus sebelum Azmin berucap.

Wan Azizah hanya memberikan alasan kepada wartawan, bahawa beliau terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan parti. Ketegangan itu dikatakan berlaku selepas Wan Azizah dikatakan menolak senarai nama lapan calon PKR yang dicadangkan oleh Azmin.

Malah terdapat spekulasi Naib Presiden PKR, Tian Chua akan keluar parti namun beliau tidak jadi. Tapi Tian Chua memberitahu tahu terdapat `gerakan’ dari dalam yang mahu melobi calon-calon tertentu dan disebabkan itu beliau menggesa supaya pucuk pimpinan tidak meminda senarai calon.

Menurut Tian Chua lagi, dia bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan, namun menambah cadangan berpindah ke Johor sebagai tidak masuk akal.

“Saya lihat dua kerusi utama yang kita ada (di Johor), Tebrau dan Ledang. Kedua-dua calon cadangan yang sedia ada buat kerja yang baik di akar umbi,” kata pada sidang media semalam.

Bukan itu saja, malah Otai reformis turut membidas Ketua Wanita Zudaida Kamaruddin, Azmin dan pasukan presiden yang digelar ‘Kartel’. Ini kerana keputusan presiden parti tidak perlu dipertikaikan lagi.

Menurut setiausaha kumpulan veteran aktivis reformasi 1998 itu, Shaiful Ariffin, fakta fakta calon disaring ,disemak uji, diverifikasi dan diberi penilaiaan seadil-adilnya oleh jawatankuasa pemilihan maka tidak perlu adanya tentangan atau ugutan di peringkat ini.

Melihat kepada keadaan ini, nyata PKR Selangor berkocak. Ia kini adalah pertembungan antara Wan Azizah vs Azmin Ali.

Wayang sudah bermula…mari makan popcorn….

#JOMBN
#bersamaBN
#DosadosaMahathir
#TsunamiPhitnah

Sumber – Suata TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com