Pilih Calon Yang Mampu Berkhidmat Kepada Rakyat Dan Menetap Di Langkawi


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad berpesan kepada rakyat Langkawi supaya memilih calon yang boleh menjadi wakil kepada rakyat bukan pemimpin kepada negara khususnya yang boleh berkhidmat untuk masyarakat.

Menurut Nawawi, wakil rakyat Langkawi yang dipilih mestilah menetap di pulau lagenda tersebut supaya mudah bagi calon menghulurkan bantuan ketika diperlukan.

Sebagai contoh, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya datang ke Langkawi jarang-jarang sekali kerana tidak menetap dan memiliki rumah di sini dan perkara tersebut sedikit sebanyak akan menyusahkan rakyat yang ingin mengadu hal-hal berkaitan.

Sudah terbukti, Tun kini telah mengurangkan kelayakan dia yang pertama iaitu untuk menjadi wakil kepada rakyat Langkawi.

Bahkan, Nawawi turut tertanya-tanya adalah Tun Mahathir di usia 93 tahun masih boleh memberi khidmat kepada rakyat yang tidak mengira waktu jika diperlukan?

Ketua Umno Bahagian Langkawi itu juga tidak menafikan jasa dan pengorbanan yang dilakukan Tun Mahathir di Langkawi sejak lebih 22 tahun semasa dia bergelar Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Pada ketika itu, Tun Mahathir dilihat kerap turun ke Langkawi untuk berjumpa rakyat dan membawa pembangunan bagi penduduk setempat.

Namun, Tun Mahathir lakukan semua itu semasa dia masih memiliki kuasa dan itu sememangnya tugasnya sebagai perdana menteri ketika itu di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Jika semua pembangunan ini dilakukan oleh dirinya secara peribadi seperti yang dinyatakan, maka Tun Mahathir tidak perlu tunggu untuk menjadi wakil rakyat untuk bangunkan Langkawi.  - Kedahnews.com

#TolakPakatan
#PakatanDAP
#DosaDosaMahathir
#KekalBN
#UndiBN
#BersamaBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com