PH Tak Dak 'Modal' Ceramah Di Kedah, Asyik Ulang Isu GST


Modal utama ceramah Pakatan Harapan (PH) Di Kedah hanyalah cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan dalam 100 hari jika PH dapat kuasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Isu tersebut dijaja hampir di dalam setiap ceramah PH di Kedah dengan mengatakan GST itu membebankan rakyat dan kononnya mereka telah membuat pengiraan yang mereka mampu  mentadbir negara tanpa GST.

Malah, tidak ada dalam sejarah mana-mana negara yang laksanakan cukai GST akan memansuhkannya semula.

Oleh itu, adakah anda masih percaya janji PH kan mansuhkan GST jika mereka memenangi PRU14?

Untuk pengetahuan, GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sebelum ini. 

GST juga dikatakan mampu menjana sumber hasil yang lebih stabil kepada negara kerana ia kurang dipengaruhi turun naik ekonomi.

Sehingga kini, terdapat 160 negara yang melaksanakan GST.

GST penting bagi menggantikan SST dalam usaha mengatasi kelemahan yang wujud seperti cukai berperingkat, bertindih, pemindahan harga dan nilai pindah, tiada pelepasan lengkap barang dieksport, menggalakkan integrasi menegak, kerenah birokrasi pentadbiran, isu-isu klasifikasi dan lain-lain.

Selain itu, apa yang menjadi tanda tanya, dalam Manifesto PH, mereka tetap akan meneruskan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah memberi manfaat kepada 7.2 juta penerima di seluruh negara.

Terdahulu, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pertambahan kategori baru dan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam manifesto BN untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Perkara tersebut turut dibangkang PH dengan mengatakan kadar pertambahan BR1M akan menyebabkan peruntukan menjadi lebih tinggi namun mereka tetap mahu meneruskan pemberian BR1M kepada rakyat.

Adakah ini salah satu janji manis untuk meraih undi? - Kedahnews.com

#TolakDAP
#PakatanDAP
#UndiBN
#BersamaBN
#FakeNews
#KekalBN
#DahulukanRakyat

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com