Pesanan Orang Langkawi Buat Tun Dr Mahathir...


ALOR SETAR - Calon Perdana Menteri "sementara" bagi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengumumkan diri akan bertanding di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 memang sudah dijangka lebih awal.

Namun begitu, reaksi balas daripada penduduk tempatan di pulau lagenda tersebut memaparkan kebimbangan mereka kepada bekas Perdana Menteri yang mereka hormati itu dan masa depan pulau berkenaan.

Asuwat Musa, 71, yang ditemui media berkata, rakyat Langkawi sememangnya mengenang jasa Tun Mahathir, namun usianya yang mencecah 93 tahun itu dilihat tidak lagi mampu menunaikan tanggungjawab dengan baik.

Malah katanya, jika Tun Mahathir menang sekalipun, mungkin akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh penggal ini dan pilihan raya kali kedua itu juga akan menyusahkan pengundi di Langkawi.

"Pemimpin ni bila dia dah berhenti, kira berhentilah.. tak usah nak masuk baliklah.

"Faktor umur 93 (tahun). 93 (tahun) ni nak pimpin apa? Silap-silap kalau dia menang pilihan raya sekalipun mungkin (selepas itu) jadi pilihan raya kecil (PRK).. faktor umur, kan?

"Jadi, menyusahkan orang Langkawi lagi nak buat pilihan raya kali kedua pulak dah.."

"Ia begini jaaa.. Orang Langkawi ni banyak kenang budi jasa (Tun Mahathir). Tetapi, ia ibarat pokok yang kita tanam. Berpuluh tahun dan kita makan hasil sampai hari ni," katanya.

Beliau yang merupakan "orang lama" di pulau lagenda itu sempat berkias tentang keadaan Tun Mahathir yang bukan saya kini berpaut pada "pokok baru" yang tidak diyakini, malah mungkin akan menjejaskan masa depan warga Langkawi.

"Tetapi kita nak tebang pokok tu dan tanam pokok baru? Bila nak boleh makan hasilnya? Silap-silap pokok yang baru kita tanam tu silap boh baja, mampoih pi (mati),

"Walaupun dia ni brilliant (amat bijak), orang yang (miliki) otak yang bijak, tapi sebijak-bijak orang bila mai umur begitu, dia mungkin jadi nyanyuk, dia mungkin jadi cakap tak betul, dia jadi bayi balik...

"(Itu) fitrah... Fitrah manusia bila sampai umur tahap tu dia jadi bayi. Tu tak pakai pampers  lagi," ujar Asuwat.

Justeru itu, sebagaimana nasihat yang diberikan oleh ulama' dan ramai pemimpin sezaman Tun Mahathir, Asuwat menyarankan agar beliau bersara sepenuhnya daripada dunia politik dan lebih memberi tumpuan kepada urusan beribadah kepada Allah SWT.

"Jadi kita ni, macam pakcik ni umur 71, umur mati dah, bukan umur hidup pun. (Jadi) buat apa nak tambah dosa lagi? Buatlah pahala sama... untuk akhirat, untuk diri kita, bukan untuk orang lain," ujarnya lagi.

Difahamkan gara-gara beberapa permintaan "melampau"nya sebelum ini terpaksa ditolak Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Tun Mahathir mengumumkan "perang" terhadap Perdana Menteri, menyertai pembangkang dan berikrar untuk menguburkan BN. - Kedahnews.com

1 comment:

  1. Ini lah nasihat dan pesanan yg ringkas dan baik..
    Ntah apa mathir nk perli dan kutuk tokwan ni plak nnt..

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com