Pesakit Kanser Terima Kerusi Roda Dari CSM Kedah


ALOR SETAR - Seorang pesakit kanser ovari telah menerima sumbangan kerusi roda dari Persatuan Sukarelawan Kanser (CSM) Kedah, Isnin.

Bashariyah Din, 38, dari Kampung Naga, Jitra berkata, dia berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana menghulurkan sumbangan kerusi roda serta beberapa barangan keperluan lain.

Tambahnya, dia terpaksa menggunakan kerusi roda selepas tidak mampu berjalan apabila mengalami kanser tersebut sejak 2016.

“Aktiviti harian saya terbatas sebab terlantar di atas katil, jadi dengan bantuan kerusi roda ini diharap ia memudahkan saya.

“Alhamdulillah, selain kerusi roda, CSM juga turut menyampaikan sumbangan katil serta barangan keperluan lain,” katanya semasa menerima sumbangan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), semalam.

Menurut Pengerusi CSM Kedah, Zuraini Kamal berkata, pada tahun lalu sahaja pihaknya sudah menyumbangkan sebanyak 15 kerusi roda dan 20 katil kepada golongan  yang memerlukan bantuan.

Jelasnya, sumbangan itu merupakan aktiviti CSM kepada masyarakat yang memerlukan pelbagai bantuan terutamanya yang kurang berkemampuan.

“Saya berharap sumbangan itu dapatlah Bashariyah melakukan aktiviti harian dengan sempurna supaya dapat ke luar dan lebih ceria lagi,” katanya memetik Sinar Online. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com