Pertembungan Sengit Tiga Penjuru Ahmad Bashah Di DUN Suka Menanti


ALOR SETAR - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) , Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menghadapi persaingan tiga penjuru menentang calon pembangkang PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

Ahmad Bashah akan berhadapan dengan Mohd. Sabri Omar daripada PAS dan calon gabungan pembangkang PKR, Zamri Yusuf pada 9 Mei ini.

Manakala di Parlimen Alor Setar yang menampilkan calon muka baharu BN, Datuk Yoo Wei How juga turut berdepan saingan tiga penjuru Chang Ming Kai daripada calon gabungan pembangkang PKR,  dan Muhammad Aminur Shafiq Mohamad Abduh daripada PAS.


Bagi DUN Kota Darulaman pula menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon muka baharu BN, Tan Eng Hwa berdepan dengan calon PAS, Zulkifli Che Haron, calon gabungan pembangkang PKR, dan calon bebas dari (PRM), Teh Swee Leong dan Tan Kang Yap.

Sementara di DUN Alor Mengkudu pula menyaksikan pertembungan tiga perjuru berlaku antara penyandangnya, Ahmad Yahaya, calon muka baru BN, Abdul Malik Saad dan calon gabungan pembangkang PKR, Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi.

Proses penamaan calon bagi Parlimen Alor Setar ketika tadi berjalan dalam suasana yang aman sejak pusat di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar dibuka bermula jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 10 pagi dengan pengumuman rasmi daripada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Alor Setar, Datuk Mohd. Zohdi Saad pada pukul 11.45 pagi. - Kedahnews.com

#TsunamiBiru
#BersamaBN
#UndiBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com