Pertembungan Empat Penjuru Di Parlimen Pendang


ALOR SETAR - Kerusi Parlimen Pendang bakal menyaksikan tentangan hebat empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini apabila seorang bekas ahli UMNO akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi itu.

Meskipun menyedari peluang untuk merebut kerusi panas itu agak tipis, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Pendang, Abdul Malek Abdul Manaf tetap nekad mahu bertanding sebagai calon Bebas ekoran merasakan mempunyai sokongan kuat.

Abdul Malek merupakan bekas ahli PPBM yang digantung pendaftaran berkata dirinya tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan keputusannya bertanding kerusi Parlimen Pendang tidak adalah kemahuannya sendiri.


“Saya ingin mencapai kemuncak tertinggi penglibatan dalam politik iaitu menjadi calon Pilihan Raya Umum (PRU),”katanya ketika ditemui ketika proses Penamaan Calon di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang disini hari ini, memetik Utusan.

Terdahulu, Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pendang pada PRU-14, Datuk Othman Abdul tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah di sini kira-kira pukul 8.45 pagi.

Turut sama hadir, calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob dan calon DUN Tokai, Ahmad Fatahi Omar bagi menyerahkan borang penamaan calon masing-masing.

Seramai lebih 1,000 penyokong BN mula membanjiri kawasan berkumpul seawal pukul 7.30 pagi di hadapan Pejabat UMNO Bahagian Pendang sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

Pengumuman Penamaan Calon bagi Parlimen dan DUN itu dibacakan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Zaid Ahmad pada pukul 11.30 pagi di Anjung Pejabat Daerah dan Tanah Pendang di sini hari ini. - Kedahnews.com


#Tsunamibiru
#BersamaBN
#UndiBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com