Pertandingan Tiga Penjuru Di Putrajaya


PUTRAJAYA – Kerusi parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pada 9 Mei.

Selepas tamat proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Serbaguna Presint 9 di sini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Putrajaya Datuk Azizi Ahmad Tarmizi mengumumkan tiga calon layak bertanding dengan semua borang pencalonan diterima tanpa sebarang bantahan.

Ketiga-tiga calon itu ialah Pengerusi BN Wilayah Persekutuan yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 68, (BN-UMNO), yang akan ditentang bekas Timbalan Naib Canselor UNISEL Zainal Abidin Kidam, 68, (PAS) dan bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, 49, (PKR-PPBM).

Putrajaya mempunyai pengundi berdaftar berjumlah 27,306 orang.

Pada PRU13, Tengku Adnan memenangi kerusi parlimen Putrajaya dengan majoriti 5,541 undi. Beliau menyandang kerusi berkenaan selama tiga penggal berturut-turut. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com