Perompak Tembak Mati Pengantin, Larikan Barang Kemas Mangsa


MUZAFFARNAGAR – INDIA. Perompak bersenjata memintas rombongan perkahwinan dan menembak mati pengantin perempuan sebelum melarikan barang kemas dipakai mangsa dalam kejadian di negeri Uttar Pradesh, semalam.

Polis berkata, kejadian berlaku di sebuah lokasi berhampiran lebuh raya Delhi-Dehradun yang terletak di daerah Meerut.

Dalam kejadian itu, lima mangsa cedera termasuk pengantin lelaki.

Difahamkan, rombongan tersebut dalam perjalanan pulang dari daerah Ghaziabad.

“Enam lelaki menaiki dua kenderaan memintas rombongan tersebut.

“Mangsa yang maut dikenali sebagai Farhana, dia ditembak kerana cuba melawan,” kata Ketua Polis Daerah Meerut, Manjil Saini.

Tambah Manjil, polis melancarkan gerakan memburu suspek dan siasatan berhubung kejadian itu telah dijalankan. 

Sumber – NDTV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com