Perobohan Plaza Tol Batu Tiga, Sungai Rasau Selesai


KUALA LUMPUR – Semua kerja-kerja perobohan di tapak Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau selesai sepenuhnya Sabtu lepas.

PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan semalam berkata fasa terakhir proses perobohan dijalankan selepas laluan utama di kedua-dua tapak plaza tol itu dibuka kepada orang ramai, masing-masing pada 13 dan 18 Mac lepas.

Menurut kenyataan itu, PLUS turut mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang kerja-kerja dijalankan sejak 20 dan 21 Februari lepas. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com