Perfume Victoria’s Secret ‘Kena Serang' Pengunjung, Kedai Terpaksa Ditutup


KOTA KINABALU – Sebuah cawangan gedung Victoria’s Secret yang terletak di kompleks beli belah Imago di KK Square di sini, terpaksa ditutup susulan ‘diserang’ peminat jenama berkenaan sejak tengah hari kelmarin.

Perkara itu diumumkan susulan pengumumam mengenai jualan promosi produk minyak pewangi dan losyen yang hanya berharga RM29 berbanding asalnya iaitu RM79.


Jualan harga murah itu nyata mendapat sambutan luar biasa apabila gedung jenama antarabangsa itu terpaksa menghentikan operasinya pada jam 3 petang susulan kehabisan stok.



Beberapa video dan gambar yang menunjukkan para pengunjung berebut-rebut bagi mendapatkan produk berkenaan turut menjadi tular dan seperti biasa ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di laman Facebook.

Jualan yang bermula sejak jam 11 pagi itu telah menarik minat orang ramai dan difahamkan ada di antara mereka yang telah beratur sejak 8 pagi tadi untuk menunggu giliran membeli pewangi berkenaan.

Situasi tersebut menyebabkan ada antara mereka terpaksa beratur sehingga ke kawasan luar pusat beli belah berkenaan.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com