Percanggahan Dasar Antara Parti Pembangkang Bawa Keburukan Kepada Ekonomi, Rakyat


Percanggahan dasar antara parti pembangkang yang bergabung di bawah  Parti Keadilan Rakyat (PKR)  akan mengakibatkan rakyat negara berada dalam kerugian dan menderita jika parti itu diberi peluang untuk memerintah negara ini.

Janji pembangkang seperti mana yang terkandung dalam manisfesto mereka hanya akan tinggal di atas kertas sahaja.

Pertembungan ideologi dalam kalangan gabungan pembangkang ini menunjukkan mereka tidak sependapat untuk mengurus dan mentadbir negara.

Ini berbeza dengan Barisan Nasional (BN) di mana pengurusan dan perancangan yang baik akan memberi manfaat kepada rakyat secara langsung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, BN membuat rancangan dalam manisfesto adalah untuk jangka waktu  panjang termasuk bagi kepentingan generasi akan datang.

Namun mereka ( pembangkang) membuat manifesto untuk  jangk pendek,  setahun dua sahaja semata-mata untuk mencapai kemenangan sahaja, kata Najib. 

Dalam hal ini, Najib yang juga Pengerusi BN mengingatkan rakyat agar tidak termakan janji yang ditawarkan oleh pembangkang dalam manifesto mereka.

Najib berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pembinaan Tapak Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Kampung Padang Tembak, Bukit Pinang di dalam Parlimen Pokok Sena hari ini. 

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan beliau tidak yakin semua apa yang dijanjikan dalam manifesto gabungan pembangkang akan dapat dilaksanakan sepenuhnya.
.
Dr. Mahathir membuat kenyataan itu kepada media Singapura selepas 17 hari mansifesto gabungan pembangkang diumumkan.

Malah Dr. Mahathir mengesyaki dalam gabungan pembangkang itu ada golongan sosialis dan tidak sehaluan antara mereka dalam membuat dasar dan perancangan.

Dalam hal ini Perdana Menteri berkata pertembungan ideologi dalam pembangkang ini akan memberi kesan kepada rakyat dan sukar bagi mereka untuk mengurus tadbir negara.   

Sementara itu Najib meminta  rakyat agar terus memilih parti yang boleh dijadikan tempat mereka bergantung bagi menjulang negara di puncak kecemerlangan dan sekali gus memastikan rakyat tidak terlepas daripada arus pembangunan.

"Kita tidak boleh bergantung kepada parti yang rapuh dan orang yang telah berusia untuk memerintah negara ini jika mahu masa depan negara dan rakyat menjadi lebih baik daripada hari ini, " kata Najib.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com