Perangi Habis-Habisan Penipuan Pembangkang


SEGAMAT – Barisan Nasional (BN) mesti memerangi penipuan yang dicanang pembangkang habis-habisan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) demi masa depan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan BN sudah membuktikan kemampuan sebagai kerajaan yang mampu membela rakyat berbanding pembangkang yang pandai menipu dan hanya ‘menjual’ janji.

“Kalau hendak politik, politiklah (pembangkang). Kritik tidak mengapa tetapi jangan menipu rakyat.

“Sebab itu kita mesti perang mereka (pembangkang) habis-habisan. Takkan lah kita hendak termakan dengan penipuan mereka. Kita mesti berdiri dengan sesuatu yang boleh mengubah masa depan kita iaitu kerajaan BN,” kata Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap menghadiri majlis Muafakat Pemimpin Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Bukit Mambai di Bukit Mambai, Labis, di sini pada Selasa. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com