Penyokong Mahathir, PPBM Sudah Boleh Lupakan 'Bunga'


Penyokong Parti Pribumi Melayu Bersatu Malaysia (PPBM) bolehlah mula melupakan parti itu mulai sekarang.

Ini kerana kemungkinan PPBM itu akan dibatalkan disebabkan kegagalan pucuk pimpinan dan pengurusan  parti itu sendiri menyelesaikan masalah dalaman parti itu secara serius.

Tiada guna lagi bendera Bunga dipacak di merata ceruk jika parti yang dimegahkan oleh Dr. Mahathir itu terbubar atau diarahkan bubar.

Lagi pun pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad pun tidak memperdulikan parti itu lagi, kerana yang penting beliau boleh jadi Perdana Menteri sekali lagi, itu pun jika calon-calon daripada PPBM menang besar daripada lebih 50 kerusi Parlimen yang ditandingnya.


PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) perlu beralah jika logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP digunakan pakaia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Sejak awal DAP dikatakan 'tidak bersetuju hasrat Pakatan Harapan untuk menggunakan satu logo  atau simbol bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) kerana ia akan merugikan parti itu.Namun kerana  tidak mahu dilihat wujud perpecahan, DAP juga pada awalnya terpaksa mengikut sahaja.

Logo roket merupakan simbol kekuatan DAP terhadap komuniti pengundi Cina, jika menggunakan logo lain, parti itu berisiko kehilangan sebahagian undi daripada kaum tersebut.

“Saya rasa DAP memang tidak bersetuju kerana DAP sudah mempunyai identitinya. Orang Cina yang menyokong parti itu, kalau diletak logo baru, saya rasa mereka tak boleh terima kerana sokongan mereka kepada DAP, kata bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim baru-baru ini.

Menurut laporan media pakatan pembangkang, kecuali DAP dikatakan bersetuju untuk menggunakan logo PKR pada PRU ini.

Dengan perkembangkan PPBM dan PAN perlu menerima hakikat, PKR dan DAP merupakan parti lebih lama dan lebih besar daripada dua parti baharu yang baru diwujudkan itu.

Jika logo PKR digunakan, ia merupakan satu kejayaan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Dr. Mahathir yang merupakan bekas seterunya terpaksa menjulang parti yang pernah dibenci oleh bekas Perdana Menteri itu berusia 93 tahun itu.

Namun Dr. Mahathir masih mempunyai pilihan lain untuk menggunakan logo roket jika DAP memilih untuk menggunakan simbol parti sendiri. 

Malah Dr. Mahathir sebelum ini pun menyatakan beliau tidak keberatan untuk menggunakan logo roket atau bertanding atas tiket DAP. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com