Penyandang Dun Bayu Seru Sokong BN, Jangan Cantas Calon


ALOR SETAR - Walaupun tidak terpilih menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei nanti, penyandang Kerusi Dun Bayu, Datuk Azmi Che Husain sedikit pun tidak berkecil hati malah akan memberi sokongan penuh kepada calon-calon yang terpilih bagi membawa harapan Barisan Nasional (BN) di Kedah.

Datuk Azmi Che Husain berkata, beliau reda setelah namanya tidak dicalonkan pada kali ini dan langsung tidak mempunyai masalah dengan keputusan berkenaan.

Tegasnya lagi, calon baharu yang terpilih pastinya individu yang jauh lebih baik dan berkaliber berbandingnya bagi membawa BN terus kekal menerajui Kedah.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada rakyat serta penyokongnya agar memberi sokongan penuh kepada calon yang terpilih dan janganlah mengamalkan tindakan tidak sihat seperti cantas-mencantas calon pilihan.

“Saya tetap akan berikan sokongan kepada calon BN. Pengundi mempunyai hak memilih, tetapi saya seru mereka bantu menangkan calon BN.

“Walaupun saya tidak terpilih tidak akan ada cantas-mencantas, jangan bila tewas menuduh calon tak terpilih mencantas bila menang mereka bekerja kuat, itu tidak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Dun Bayu, di Baling semalam dan berharap penggantinya akan sentiasa mendampingi rakyat dan memberi perhatian penuh kepada masyarakat.

“Perjalanan saya selepas ini tidak tentu lagi, rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya tidak ada dijanjikan apa-apa.

“Tetapi sebagai ahli parti dan pejuang, saya akan terus berjuang sebagai pejuang sejati, Melayu sejati demi untuk bangsa, agama dan tanah air,” katanya. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com