Pengurus Jadi Mangsa, Che Ta Amuk ‘Serang’ Kak Zai


NAMPAKNYA kenyataan ‘pedas’ pengkritik fesyen, Zaihani Mohd. Zain yang mempersenda individu bertubuh besar terus menjadi bualan hangat sehingga ke hari ini.

Terbaharu, pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan pula tampil mengecam pengkritik dan pengulas fesyen berkenaan.

Dipetik daripada laporan beberapa sumber, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta meluahkan rasa kurang senang terhadap Zaihani kerana melemparkan tuduhan liar dan tidak berasas ke atas pengurusnya.

Difahamkan, Zaihani atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zai mendakwa bahawa pengurus kepada pelakon wanita itu adalah punca dan individu yang mula menyebarkan kenyataan dimuat naik olehnya baru-baru ini.

Perkara itu telah dikongsi oleh Che Ta sendiri menerusi salah satu entri terbaharu di laman Instagram miliknya pada Khamis.

“Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,” tulis Che Ta.


Menerusi entri berkenaan juga, Zaihani dilihat seolah-olah ‘hasut’ rakan-rakannya yang lain agar tidak membenarkan pengurus Che Ta membuat pinjaman baju untuk artis di bawah syarikat pengurusannya.

Sementara itu, pengurus Rozita iaitu Afiq berkata masih ramai lagi pereka fesyen yang mahu menaja baju untuk artis di bawah naungannya.

“InsyaAllah ramai lagi pereka fesyen yang boleh taja, siapa yang ikut hasutan dia bodoh la orang itu sebab dia (Zaihani) tidak boleh pakai dan promosi baju anda pun.

“Rezeki datang dari Tuhan dan InsyaAllah ada juga pereka fesyen yang akan taja. Kita memerlukan satu sama lain, saya tolong mereka, mereka tolong saya,” ujar Afiq.

Terdahulu, Zaihani telah memuat naik status yang mengundang ‘amarah’ ramai pihak di media sosial yang disifatkan mengutuk individu berbadan besar.

Difahamkan, penggiat fesyen tersebut meluahkan ketidakselesaan itu selepas duduk bersebelahan dengan individu bertubuh besar dalam sebuah pertunjukan fesyen. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com