Pengundi Pokok Sena Lupakan ‘Gerhana’, Mula Hidup Dengan 'Sinar Dacing'


ALOR SETAR – Pengundi di Parlimen Pokok Sena sebelum ini umpama hidup dalam kegelapan dan hanya disinari dengan cahaya ‘gerhana’ di bawah kepimpinan wakil rakyat pembangkang.

Bagi membuang persepsi 'selamat di bawah pancaran sinar gerhana', Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta agar penduduk di Parlimen itu buka mata dan sedar dari 'kegelapan gerhana' lantas memberi kepercayaan kepada BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Penduduk perlu berani untuk mengubah masa depan mereka dan melihat keupayaan BN yang mampu memberi sinar terang kepada rakyat di kawasan Parlimen itu yang selama ini sepi daripada sebarang agenda pembangunan.

“Janganlah mengulangi kesilapan yang lalu kerana yang rugi nanti adalah rakyat sendiri akibat terpedaya dengan janji bulan dan bintang pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di Pokok Sena, semalam.

Program itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar Kedah itu turut menambah, jalinan antara pentadbiran, kerajaan negeri dan pusat amat penting demi melancarkan projek pembangunan yang dirancang kerajaan BN tanpa mengira kawasan dan lapisan masyarakat.

“Sokongan dan peranan kerajaan pusat tidak pernah berhenti kepada rakyat Kedah, malah sentiasa berperanan mendengar apa yang diinginkan serta diperlukan rakyat,” katanya. - Kedahnews.com

#JomBN
#BersamaBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
#PRU14 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com