Pengundi Jerlun Diingat Tidak Pilih Calon Parti Pembangkang Yang Bersekongkol DAP


Pengundi Parlimen Jerlun perlu memilih wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan mereka dan sering mendengar masalah rakyat dan mengatasinya.

Apa guna ada wakil rakyat jika selalu menghilang dan menjauhkan diri dengan rakyat.

Sehubungan itu, Naib Ketua UMNO bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz meminta rakyat di kawasan itu menilai parti mana yang lebik baik antara Barisan Nasional dan parti pembangkang pada hari mengundi pada 9 Mei depan.

" Rakyat harus bijak membuat penilaian dan keputusan kerana seorang wakil rakyat memikul tanggungjawab terhadap mandat yang diberikan oleh para pengundi, " kata Othman yang juga penyandang Parlimen Jerlun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Bernama pada  Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Banjir oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Tajar , dekat Alor Setar.

Menurut Othman yang juga Timbalan Menteri Kewangan, rakyat amat mengharapkan wakil rakyat membantu mereka bila timbul masalah seperti mendapatkan bantuan banjir dan keperluan setempat.

Namun calon pembangkang hanya muncul semasa pilihan raya untuk menabur janji dan mencari undi.

Jika calon dari luar menang, mereka akan hilang dalam masa lima tahun akan datang.

'Saya bagaimana pun serahkan kepada rakyat di Jerlun untuk buat pilihan dan siapa juga yang akan bertanding saya harap orang itu dapat beri khidmat bakti yang terbaik," kata Othman.

Parlimen Jerlun pernah diwakili oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada PRU2008 dan  Ahli Dewan Undang Negeri Ayer Hitam pada PRU2013.

Namun pada PRU14, Mukhriz yang kerap 'hilang' semasa mewakili Jerlun dan Ayer Hitam kini kembali bertanding di kawasan itu atas tiket pembangkang yang diketuai PKR dan DAP.

Kini pengundi Jerlun mempunyai pilihan, mahukan wakil rakyat kerajaan atau pembangkang yang beketuakan DAP. -  Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com