Pengundi Akan 'Hukum' Mahathir, Mukhriz Jika Terus Hina Penerima Bantuan Kerajaan


DENDAM peribadi terhadap PAS dan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyukarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya Datuk Seri Mukhriz mendapatkan sokongan pengundi di luar bandar.

Dr. Mahathir perlu sedar, undi orang kampunglah yang membolehkan beliau dan parti yang diwakilinya menang hingga beliau menjadi Perdama Menteri paling lama di negara ini. 

Beliau pernah memujuk PAS untuk menyertai pakatan pembangkang. Itu menunjukkan Dr. Mahathir memerlukan penyokong PAS yang tinggal di luar bandar. 

Sementara itu Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata Mahathir mempunyai dendam terhadap PAS dan sebab itu terus  menyerang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dr. Mahathir perlu sedar beliau pernah kalah kepada PAS dalam pilihan raya pada tahun 1969. Beliau juga  hampir kalah dalam pemilihan Presiden UMNO dan kalah dalam pemilihan Perwakilan (G7) UMNO Kubang Pasu. 

Satu lagi perangai 'buruk' Dr. Mahathir ialah menghina orang lain termasuk Abdul Hadi sebagai 'ustaz kampung'. Sebelum ini beliau menghina etnik Bugis sebagai 'lanun' dan masyarakat keturunan India sebagai 'keling.'

Malah beliau menghina ahli PPBM yang keluar parti sebagai' sampah' serta menuduh Perdana Menteri 'tidak lagi menyembah tuhan'. Alim ulama yang menegur beliau.juga turut dihinanya.

Beliau menghina penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang terdiri penduduk miskin sebagai 'pemakan dedak' atau ' penerim rasuah' dan menganggapnya sebagai 'haram'.

Beliau juga mempersoalkan orang yang menunaikan ibadah haji yang dibiayai oleh syarikat milik kerajaan 1MDB. 

Semua tuduhan tidak berasas itu akan diingati semula oleh orang yang dihinanya pada hari mengundi 9 Mei depan. 

"Majoriti pengundi di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah orang Melayu dan parti yang  menjadi pilihan orang Melayu hanya UMNO atau PAS PAS," kata Idris pada wartawan selepas ceramah di Perlis kelmarin.

Dr Mahathir memerlukan sokongan padu orang Melayu seperti mana semasa  beliau memimpin UMNO dahulu jika beliau mahu parti yang diwakilinya menang.pada kali ini. .

Bagaimana beliau mahu membentuk sebuah kerajaan alternatif dan ingin kembali menjadi Perdana Menteri jika berterusan menghina dan menghukum orang lain - Kedahnews.com
.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com