Penghantar Barang Bawa Ibu Hidap Alzheimer Pergi Kerja


TINDAKAN seorang penghantar barang di China mendapat perhatian ramai apabila sanggup membawa ibunya yang menhidapi Alzheimer pergi bekerja bagi mengelak ibunya terbiar keseorangan di rumah.

Lapor South China Morning Post, Cai Yujun, 52, bekerja sebagai penghantaran barang ke kedai komputer sekitar Chengdu mengunakan motosikalnya.

Ibunya Yang Suxiu yang berusia 92 tahun disahkan menghidap Alzheimer tujuh tahun lalu dan tidak mampu untuk menjaga diri sendiri.


Sebagai seorang anak, Yujun telah membuat keputusan untuk menjaga ibunya walaupun dia terpaksa membawanya hingga ke tempat kerja. Lalu, dia telah mengubahsuai motoskalnya supaya dia dapat membonceng ibunya dan duduk dalam keadaan selesa ketika Yujun bekerja.

“Ibu telah bersusah payah sepanjang hidupnya untuk saya, kini giliran saya menjaganya,” kata Yujun.

Semasa Yujun bekerja, Suxiu akan turut bersamanya dan berpeluang mengelilingi serata bandar itu.

Yujan sering kali memegang tangan ibunya ketika bekerja kerana takut dia tidak berkesempatan melakukan hal tersebut selepas ibunya meninggal.

Tambahnya lagi, kawan-kawan Yujun turut hadir menghiburkan hati ibunya itu dengan berbual-bual dan berkongsi cerita bersama warga emas tersebut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com