Pengerusi BN Negeri Akan Umum Nama Calon - Ahmad Zahid


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri akan mengumumkan sendiri senarai calon Dewan Uundangan Negeri (DUN) dan Parlimen masing-masing bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan telah dibuat bahawa semua calon Parlimen dan DUN itu akan diumumkan oleh pengerusi BN negeri-negeri berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin sejak beberapa hari lalu yang kononnya perdana menteri akan menyerahkan watikah pencalonan kepada calon-calon BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) secara berperingkat pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.

"Khabar angin ini biasalah... janganlah tulis tentang berita yang berasaskan khabar angin.... Saya bercakap ini sebagai Timbalan Pengerusi BN, ini bukannya khabar angin, ini khabar betul", kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri seperti yang dilaporkan oleh Agendadaily.

Beliau yakin dengan keputusan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN untuk memberi kuasa kepada semua menteri besar dan ketua menteri yang menjadi pengerusi BN negeri bagi mengumumkan calon bagi negeri yang berkenaan.

“Kami telah menyerahkan tarikh yang sesuai kepada mereka, jadi kita serahkan kepada mereka untuk buat keputusan tanpa perlu ada petunjuk daripada mana-mana pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit 4, Sungai Sumun Bagan Datuk , Perak semalam.

Pada 15 April lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa BN dijangka mengumumkan senarai calon PRU14 dalam tempoh tujuh atau 10 hari sebelum penamaan calon pada 28 April. - Kedahnews.com.

#JomBN 
#BersamaBN 
#DahulukanRakyat 
#HebatkanNegaraku
#UndiBN 
#ManifestoBN 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com