Pengantin Lapor Polis Syarikat Katering Gagal Sedia Lauk Sotong


KUANTAN — Seorang pengantin baru membuat laporan polis terhadap syarikat katering berduta selebriti kerana gagal menghantar lauk sotong.

Mendakwa syarikat itu suka memberi alasan dan tidak profesional, mangsa ke balai polis Indera Mahkota kelmarin, lapor Harian Metro.

“Lauk sotong dijanjikan tidak muncul dan pihak katering itu memberikan alasan hidangan itu tertumpah dalam lori…,” kata Mohd Nor Afzarizal.

Menyifatkan alasan itu “langsung tidak munasabah”, katanya kepada akhbar itu hari ini, mereka “bosan seolah-olah diperdaya dan ditipu mereka.”


Keluarga Mohd Nor, 35, membayar RM19,800 kepada syarikat tersebut untuk 1,000 tetamu tetapi makanan yang dijanjikan didakwa tidak mencukupi.

Beliau mendakwa syarikat itu, yang tidak dinamakan, gagal menyediakan lauk tambahan, tidak menepati masa dan pekerjanya bersi
kap kurang ajar.

Keluarganya membeli nasi beriani dengan wang lain kerana bimbang ada lagi tetamu tidak sempat makan pada kenduri 24 Mac lalu, kata Mohd Nor.

Ketika dihubungi akhbar itu, syarikat tersebut akan membayar ganti rugi hidangan sotong “yang tidak dapat dipenuhi akibat masalah teknikal.”

Wakil syarikat itu mengakui “berlaku sedikit salah faham” dengan keluarga itu dan berharap mereka bersabar dan tidak membesar isu tersebut. 

Sumber – MalayMail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com