Peneroka Felda Bukit Tangga, Kubang Pasu Masih Yakin Dengan BN


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang  'sedang menuju ke-tanah perkuburan' kini mahu menjadikan Parlimen Kubang Pasu sebagai 'kubur UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pililhan Raya Umum Ke-14 ini..

PPBM meletakkan semua calonnya bertanding di Parlimen Kubang Pasu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra dan DUN  Bukit Kayu Hitam.

Calon PPBM Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, calon DUN Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedar, Kubang Pasu masih kekal kubu BN selepas Kubang Pasu ditinggalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad hampir 20 tahun lalu..

Ada yang bertanya jika BN boleh dikuburkan pada PRU14, kenapa Dr. Mahathir tidak kembali di Kubang Pasu, sebaliknya memilih  bertanding di Pulau Langkawi.

Namun dalam ceramah pakatan yang dihadiri Dr. Mahathihir di Felda Bukit Tangga, Changlun, Jumaat lepas bertujuan untuk menagih simpati pengundi di kalangan masyarakat Felda itu yang baharu sekarang 'diberi perhatian' oleh pembangkang.

Generasi anak muda dari Felda  masih ingat bagaimana hidup di zaman Felda suatu ketika dahulu. Penerokan awal bersusah payah mencari rezeki untuk mebina kehidupa keluarga.

Namun dengan bantuan kerajaan, kini keluarga peneroka Felda dapat hidup dengan selesa. Ada rumah yang sempurnaa, anak-anak Felda juga dihantar ke universiti dan kini berjayatan tinggi dan berjaan dalam perniagan.

Apa, yang paling penting masa depan keluarga terjamin.

Dalam pda itu itu kerajaan Barisan Nasional sentiasa menyediakan berbagai kemudahan dan insentif untuk peneroka Felda kerana hasrat kerajaan untuk melihat keluarga Felda berjaya dan masa depan anak-anak di masa hadapan..

Ceramah itu tidak berbeza dengan ceramah pakatan pembangkang di tempat lain, hanya untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Ser Najib dan isteri selain isu pengahpusa GST, harga getah yang rendah  dan hasrat untuk mengangkat semula Dr. Mahathir yang bersuai 93 tahun sebagai Perdana Menteri.

Sementara ahli Majlis Kerja Tertinggi PPBM, Zahid Md Arif, walaupun beliau bukan penduduk Kubang Pasu  seperti cukup yakin pakatan boleh  'menguburkan' UMNO/BN di Kubang Pasu pada PRU ini.

Dr. Mahathir yang keletihan dan berada di atas pentas hanya mampu tersenyum mendengar 'temberang'  Zahid  itu kerana bekas Perdana Menteri itu juga sedar beliau akan kalah jika bertanding mewakilli pembangkang.

Walaupun Dr. Mahathir mungkin  sudah lupa, penduduk Kubang Pasu masih ingat pesanan pemimpin itu agar jangan tinggalkan UMNO walaupun apa yang terjadi.

Sementara Amiruddin, bekas pemimpin PAS yang baharu melompat  kepada PPBM penuh yakin Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada malam selepas keputusan PRU14 diketuai Rabu 9 Mei ini. 

Amiruddin perlunya menyatakan demikian kerana terhutang 'budi' kepada Dr. Mahathir yang membeli peluang kepadanya untuk bertanding di kerusi sukar itu dan juga mempertahankan kerusi lamannya di DUN Anak Bukit dalam Parlimen Kuala Kedah.

Beliau juga membayangkang pada ceramah itu Mukhriz mungkin kembali ke Wisma Darulaman sebagai Menteri Besar. 

Tidak dinafikan peneroka yang hadir itu terhibur dengan 'lawak jenaka' dan lakonan yang 'dipersembahkan' oleh para penceramah termasuk Dr. Mahathir. Lagi pun  mereka sudah hampir 20 tahun tidak bertemu muka dengan bekas perdana menteri.

Namun sebahagian besar peneroka diyakini masih memerlukan kerajaan BN untuk menjaga kepetingang mereka. - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com