Penduduk Tolak Jika Mukhriz Tanding Di DUN Jitra


Dewan Undangan Negeri DUN) Jitra di dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu belum tentu selamat jika  Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri  Mukhriz Mahathir memilih untuk bertanding bagi kerusi negeri itu selain kawasan Parlimen pada pilihan raya umum ini.

Walaupun Parlimen Kubang Pasu merupakan tempat bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad bertapak dan diangkat sebagai perdana menteri selama 22 tahun, majoriti pengundi DUN Jitra tidak akan menerimanya.

DUN Jitra merupakan saingan antara BN dan PAS pada PRU13.


Lagi pun penyokong PAS tidak mungkin beralih haluan kepada parti lain sementara penyokong PKR dan PAN belum ramai di kawasan itu.

Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam kini sudah tentu mengharapkan aura bapanya bagi menawan Jitra jika beliau dipilih bertanding di situ.

Suasana politik kini sudah tentu jauh berbeza. Jika di Ayer Hitam beliau menang atas tiket BN dan dijanjikan jawatan Menteri Besar, namun kini bertanding atas tiket pembangkang bagi menentang calon UMNO.

Pada PRU13, DUN Jitra yang memiliki  36,322 pengundi,   dipertahankan Barisan Nasional menerusi calonnya Datuk Aminuddin Omar yang menang dengan majoriti 3,056 undi menewaskan calon PAS  Rohani  Abd Muttalib (PAS).

Jika pemimpin dan ahli Pemuda Kubang Pasu pernah  menolak Mukhriz semasa pemilihan ketua pemuda bahagian, ahli UMNO juga akan menolaknya jika beliau memilih untuk mewakili parti pembangkang di kawasan itu.

Namun seperti juga Dr. Mahathir, Mukhriz juga belum yakin tempat yang paling selamat untuknya bertanding selepas pengundi Ayer Hitam memberi isyarat untuk menolaknya pada PRU14. 

Seperti juga penduduk Ayer Hitam, mereka mahu melihat wakil rakyat yang sentiasa berada bersama mereka sepanjang masa, penduduk Jitra juga mengharapkan perkara yang sama. Bukan kerap datang menjenguk penduduk semasa pilihan raya semakin hampir.

Namun
umum di Kedah tahu, Muhkriz sepanjang dua tahun menjadi Menteri Besar, lebih  gemar menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Ini tidak berlaku kepada wakil rakyat BN Jitra sekarang, mereka sentiasa melihat keperluan masyarakat setempat.

Oleh Mukhriz perlu berfikir dua kali jika berhasrat untuk menguji penduduk Jitra pada PRU ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com