Penduduk Pulau Tuba Langkawi Tidak Akan Lupa Jasa Najib


Walaupun 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melihat keperluan asas bagi 5,000 penduduk Pulau Tuba di Langkawi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun memahami kehendak penduduk di pulau itu apabila beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara.

Antara projek yang dilaksanakan oleh Perdana Meneri ialah menyediakan bekalan elektrik luar bandar 24 jam menerusi kabel dasar laut dari Kuala Perlis ke Langkawi yang bernilai  RM45 juta bagi  membolehkan penduduk mendapat tenaga elektrik  sepanjang masa.

Sebelum ini penduduk di situ yang kebanyakan golongan nelayan tradisi dan petani terpaksa bergantung kepada janakuasa walaupun mereka tinggal di pulau yang terkenal sebagai pusat pelancongan antarabangsa..


Selain itu melalui Tenaga Nasional Berhad, peruntukan RM700,000 disediakan bagi membina jeti penumpang, membaiki pendawaian 32 rumah rakyat miskin serta menyedia lampu-lampu jalan .

Tambahan kepada itu, sebanyak RM800,000 juga telah diluluskan untuk membaiki rumah rakyat miskin Pulau Tuba..

Projek bekalan elektrik luar bandar 24 jam di Pulau Tuba diluluskan pada 2012  dan dirasmikan tahun lalu.

Meskipun pada asalnya projek ini tidak tersenarai di dalam bajet tahunan, namun Najib sedar kesulitan yang dihadapi penduduk di Pulau Tuba ini yang rata-ratanya terdiri daripada nelayan dan petani. Penduduk di situ hanya bergantung kepada bekalan elektrik jana kuasa yang tidak stabil.

Semasa merasmikan projek itu tahun lepas, Najib`memberi jaminan tidak akan mengabaikan penduduk pulau itu di samping terus membangunkan Pulau Langkawi dan tanah besar Kedah.

" Saya akan mai lagi ke sini..., " kata Najib.

Pada PRU14, Tun Dr. Mahathir Mahathir  datang untuk bertanding di Parlimen Langkawi atas tiket parti pembangkang.

Beliau tentunya akan berjanji bermacam-macam kepada penduduk Langkawi di samping terus memburukkan  Perdana Menteri dalam ceramah politiknya.

Dr. Mahathir kini menyedari beliau amat memerlukan undi daripada penduduk pulau itu walaupun  beliau tidak memperdulikan mereka semsa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Semasa membangunakan Langkawi, Dr. Mahathir lebih banyak menumpukan kepada projek-porjek  mewah dan komersial yang berkaitan pelacongan seperti perhotelan dan perniagaan di pulau bebas cukai itu.

Penduduk kampung termasuk rakyat miskin hanya mampu melihatnya sahaja dan dalam masa yang sama tanah mereka dibeli dengan harga yang tidak sewajarnya.

Baru-baru ini Najib juga mengumumkan peruntukan RM1.3 bilion untuk menambah kemudahan asas bagi penduduk Langkawi termasuk pembesaran Hospital Langkawi menaik taraf bekalan air dan membina kuarters untuk penjawat awam pulau berkenaan.  

Bagaimanapun Dr. Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz bingkas menganggap peruntukan untuk faedah dan kesejahteraan rakyat  sebagai 'dedak' dan janji kosong pilihan raya.

Menjelang PRU14, pengundi dari Pulau Tuba dan Langkawi tentunya tidak melupakan akan sumbangan Najib dan kerajaan BN yang memberikan perhatian kepada mereka.- Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com