Penduduk Langkawi Diharap Tidak Terpedaya Lagi Dengan Mahathir


Pengundi di Pulau Langkawi diharap tidak terlalu beremosi dengan penampilan serta ucapan Dr. Mahathir Mohamad yang boleh 'bertukar nada' setiap waktu dan ketika.

Pilihan raya umum ialah untuk memilih kerajaan yang bertangungjawab, adil kepada semua pihak dan bukannya kerana individu semata-mata kerana ketokohannya di masa lalu.

Sehubungan itu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berharap penduduk Langkawi perlu menilai antara kepentingan individu tertentu  dan kepentingan mereka.

Meburutnya calon-calon yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) adalah yang lebih muda dan mampu memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih baik.

"Rakyat Langkawi perlu berhati-hati dengan individu itu kerana berbagai persoalan berbangkit sekarang mengapa beliau tidak berani kembali bertanding di Kubang Pasu, " kata Ahmad Bashah.

Sementara itu Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad pula mengingatkan bahawa sentimen pengundi tidak boleh ditukar menjadi undi.

"Kita  melihat undi berdasarkan kiraan pemilih bukan sentimen dan apabila memilih perlu fikir dan faham bahawa undi itu adalah bagi menentukan kerajaan yang mampu membawa hala tuju negara, bangsa dan agama pada masa hadapan," katanya kepada Bernama.

Dr Mahathir akan bertanding di Parlimen Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Kali terakhir beliau bertanding  di Kubang Pasu harpir 20 tahun ketika menjadi Perdana Menteri hampir 20 tahun lalu sebelum bersara pada 2002.

Pencalonan Dr Mahathir untuk Parlimen di pulau bebas cukai itu diumum oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu ceramah gabungan pembangkang di  Padang Mat Sirat kelmarin. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com