Penduduk Langkawi Akan Rugi Besar Jika Mahathir Menang


ALOR SETAR – Penduduk di Langkawi diramalkan akan rugi besar dan berputih mata sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) , pada 9 Mei ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu dilihat tidak akan mampu berbuat apa-apa bagi meneruskan pembangunan yang menjamin masa depan dan membawa keuntungan kepada rakyat di Langkawi.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, bekas perdana menteri itu kini tidak lagi mempunyai asas kukuh seperti kerajaan yang dibentuk Barisan Nasional, jika hendak dibandingkan dengan dirinya dahulu.

Jika hendak dilihat pada aspek 'pengorbanan'  kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selama ini menggerakkan segala pembangunan sehingga membolehkan ia dilaksanakan di pulau bebas cukai ini.

“Kalau sudah menjadi wakil rakyat pembangkang, bagaimana nak menolong? Menang pun untung dia sahaja. Dia yang dapat gaji yang dapat elaun (sebagai Ahli Parlimen),” katanya selepas merasmikan Program Pakat Mai Langkawi anjuran Tourism Malaysia di Pantai Tanjung Rhu, di sini malam semalam, memetik Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan Dr Mahathir sebagai calon mereka di kerusi Parlimen Langkawi dalam PRU14 ini.

Tambah Nazri, keputusan ini membuktikan Dr Mahathir memungkiri pesanannya dan pegangannya sendiri yang tidak mahu masyarakat Melayu yang menjadi kumpulan majoriti di Langkawi berpecah belah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com