Penduduk Bukit Selambau Teruja Tunggu Jalan Baharu


ALOR SETAR – Penduduk Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau menyambut baik pengumuman projek jalan luar bandar sepanjang 7.63 kilometer yang menghubungkan kampung itu dengan simpang Pokok Machang.

Menurut Zainab Awang Ahmad, 72, berkata, laluan biasa mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke lokasi tersebut kerana selama ini penduduk menggunakan laluan pekan Bukit Selambau namun setelah jalan baharu siap kelak, mereka boleh terus ke Kuala Ketil jaraknya hanya lebih kurang tujuh kilometer.

Dari laporan Sinar Online, seorang penduduk yang dikenali sebagai Norisham Muhammad, 53, berharap agar projek berkenaan dapat memberi manfaat kepada penduduk berbanding kesan lain.

Tambahnya, laluan baharu yang bakal dibina selewat-lewatnya Ogos ini dan dijangka mengambil masa dua tahun untuk siap sepenuhnya amat berguna buat penduduk.

Bagi Che Gayah Osman, 58, berkata, pengumuman kerajaan itu menunjukkan penduduk luar bandar turut merasai pembangunan yang dijalankan, diharapkan dengan adanya projek berkenaan, ia boleh bantu beri keselesaan kepada penduduk.

Baru-baru ini, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengumumkan projek pembinaan jalan berkenaan yang mencecah RM38 juta.

Projek itu diumumkan Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hadir menyempurnakan Majlis Pecah Tanah untuk Pembinaan Projek Jalan Sungai Muda dari Simpang Pokok Machang ke Kuala Sin, Bukit Selambau. - Kedahnews.com


#JomBN
#KekalBN
#BersamaBN
#DahulukanRakyat
#UniBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com