Pendidikan Percuma, Hapuskan Cukai Hanya Janji Menang Undi Pembangkang


Strategi Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk mengaburi mata golongan belia menerusi janji-janji manis dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ternyata hanyalah harapan palsu pembangkang.

Seperti yang dilaungkan sebelum ini oleh kerajaan Pakatan,sekiranya memenangi Pilihan Raya, mereka akan memberikan pendidikan percuma  dan menghapuskan cukai, namun bolehkah janji tersebut di laksanakan?

Bagi Pakatan Harapan, menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan cukai adalah sesuatu perkara yang mudah dilaksanakan kerajaan dan situasi ini tidak ubah seperti golongan munafik kerana berbohong, gagal menepati janji dan mengkhianati amanah.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menawarkan pendidikan dengan yuran pengajian sangat rendah dan tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lalu.

Malah, kadar itu masih dikekalkan sehingga kini dan pelajar hanya dikenakan bayaran antara 20% daripada kos keseluruhan pengajian dan selebihnya ditanggung kerajaan.

Sebagai contoh, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe terpaksa menarik semula janjinya sebelum pilihan raya pada tahun 2017 untuk membuat pendidikan percuma untuk semua pelajar di Jepun namun tidak dapat dilaksanakan.

Menjadi sebuah kerajaan bukan sesutu yang senang kerana memberi pendidikan percuma perlu menggunakan sejumlah besar wang.

Meskipun yuran dikenakan rendah, namun kerajaan Malaysia sentiasa komited menyediakan pendidikan terbaik dan bertaraf dunia.

Ini kerana pelaksanaannya akan menuntut kenaikan cukai dan sekali gus membebankan rakyat. 

Dan ini yang berlaku di beberapa negara seperti Jerman, Sweden dan Findland yang telah melaksanakan polisi berkenaan tapi dalam masa yang sama negara itu mengenakan cukai yang tinggi hampir 50 peratus.

Cukai yang dikenakan negara Finland sebanyak 24% manakala cukai pendapatan 51.6%, danbagi Jerman pula cukai GST yang laksanakan pula 19% dan cukai pendapatan 45%.

Selain itu, bagi Norway pula cukai GST sebanyak 25% dan cukai pendapatan mencecah 55%, manakala GST dinegara Sweden 25% dan cukai pendapatan adalah sebanyak 56.4%.

Satu-satunya pengecualian ialah Malaysia, di mana pendidikan disubsidi di lebih dari 90% tetapi cukai hanya 24%. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com